MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
Kuching Selatan

BN sentiasa peka dengan masalah rakyat, tampil dengan pelbagai langkah: Rayong

ENGKILILI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnnical Rayong Ngipa berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa peka dengan masalah rakyat dan seterusnya tampil dengan pelbagai langkah untuk menyelesaikan masalah itu.

Menurutnya projek Bekalan Elektrik Luar Bandar, jalan raya berturap dan bekalan air bersih adalah antara langkah yang dilaksana oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah hidup rakyat.

Pelbagai program telah dirangka demi mengurangkan beban hidup rakyat demi membuktikan kepada mereka bahawa BN telus dalam menerajui tampuk pe-merintahan kerajaan selama ini, ujarnya.

“Ia tidak seperti pihak pembangkang yang hanya tahu bercakap mengenai masalah rakyat namun gagal menyelesaikan masalah  itu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Upacara Ngiling Bidai di Projek Perumahan Pendapatan Rakyat Termiskin (PPRT), Engkilili kelmarin.

Majlis itu dirasmikan Ahli Parlimen Lubok Antu iaitu William Nyalau sambil disaksikan oleh Pengerusi Penempatan RPR Engkilili Bobby Jerman.

Sementara itu Dr Rayong  me-minta rakyat di DUN Engkilili  menyokong Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Nyalau adalah seorang wakil rakyat yang amat berpengalaman memandangkan beliau pernah memegang jawatan sebagai Pe-gawai Daerah dan Pegawai Tadbir Sarawak semasa berkhidmat dengan jabatan kerajaan sebelum ini, jelasnya.

“Saya yakin pembangunan kawasan Parlimen Lubok Antu akan terus dipertingkatkan sekiranya Nyalau dipilih semua menjadi wakil rakyat di Parlimen Lubok Antu nanti,” katanya.

Sumber : theborneopost.com