MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
Kuching Selatan

Pemuda BN Sarawak kutuk penganjur kempen Bebas Anwar 901

KUCHING - Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak mengutuk sekeras-kerasnya penganjur kempen "Bebas Anwar 901" sempena keputusan kes liwat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Jan ini.

Ketuanya Datuk Fadillah Yusof berkata kempen itu menggambarkan mereka yang bersimpati dengan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak menghormati undang-undang negara dan meletakkan kepentingan individu lebih daripada kemakmuran rakyat dan negara.  

Beliau berkata penganjur itu juga mahu memburuk-burukkan imej negara sekaligus memberi gambaran negatif kepada pelancong dan pelabur tentang Malaysia.

Katanya penganjur berkenaan juga jelas mempermain dan mempersendakan serta cuba melengah-lengahkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai kes liwat itu pada 9 Jan ini.

Dalam pada itu Fadillah menasihati rakyat Sarawak yang berada di ibu negara ataupun di mana-mana sahaja agar mereka tidak terjebak dan terbabit dalam perhimpunan yang tidak memberi faedah kepada negara.

sumber sinarharian.com