MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
Kuching Selatan

PKR mulakan usaha tawan kawasan Melayu

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memulakan langkah pertama mereka dalam usaha menawan kawasan pengundi Melayu di negeri ini, khasnya Petra Jaya termasuk Satok.

Ketua Publisiti PKR Ne-geri See Chee How berkata, kawasan milik Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ini merupakan antara kawasan berpotensi PKR selain Santubong dan Kota Samarahan.

Beliau yang yakin Pakatan Rakyat (PR) mampu berhadapan dengan pengundi Cina, Melayu dan Dayak berkata akan memastikan kawasan berpotensi ini berpihak kepada PR yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS.

“PBB dan BN amnya kini risau mesej yang cuba dibawa oleh PR akan menjejaskan pengundi di kawasan mereka.

“Buktinya jelas, apabila wakil rakyat PBB Sharifah Hasidah membuat aduan mengenai bendera yang digantung oleh PKR dan segera dibuka oleh pihak DBKU.

“Ini jelas menunjukkan kerajaan BN takut dan bimbang dengan penganjuran ceramah secara terbuka oleh PR dan PKR akan menjejaskan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Ceramah Merdeka Rakyat anjuran wanita PKR di Satok malam kelmarin (Ahad).

Ceramah tersebut turut dihadiri oleh Ketua PKR Negeri Baru Bian, Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin serta barisan-barisan pimpinan PKR negeri dan pusat yang lain.

Dianggarkan antara 200 hingga 300 orang penduduk membanjiri sekitar lokasi tersebut bagi mendengar isi ceramah yang cuba disampaikan oleh pemimpin-pe-mimpin PR dan PKR.

Dalam pada itu beberapa pemimpin wanita PKR dalam ceramah mereka mencabar masyarakat Melayu untuk mempertaruhkan seorang pemimpin PR Melayu untuk mewakili suara mereka dalam Dewan Undangan Negeri mahupun Parlimen.

“Wakil rakyat di kawasan ini Satok, Petra Jaya masih belum menepati janjinya.

“Sebagai contoh jambatan gantung Satok yang pernah menjadi nadi kepada masya-rakat di sini suatu masa dulu hanya tinggal janji,” kata salah seorang pemimpin yang lebih mesra dengan panggilan Bonda Hafsah.

Sumber : theborneopost.com