MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
Kuching Selatan

Tidak boleh gantung poster pilihan raya tanpa kebenaran

KUCHING: Poster pilihan raya tidak dibenarkan digantung di kawasan awam tanpa kebenaran terutama di luar tempoh pilihan raya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Datuk Daud Abdul Rahman bagaimanapun enggan meng-ulas panjang mengenai perkara ini dan meminta agar ia dirujuk kepada pihak berkuasa tempatan.

“Lazimnya, tidak ada mana-mana pihak atau individu dibenarkan menggantung bendera di kawasan awam tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan terutama melibat-kan poster-poster pilihan raya.

“Mereka hanya boleh berbuat demikian pada tempoh pilihan raya,” katanya sebagai merujuk kepada tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR) menggantung bendera parti serta poster pilihan raya di Jambatan Tun Abdul Rahman Yaakub, Satok di sini Ahad lepas.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi semalam bagi mengulas perkara tersebut.

Daud juga adalah Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) serta Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Bendera tersebut bagaimanapun telah dibuka oleh pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) pada hari yang sama dan membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli serta pemimpin parti pembangkang itu.

Menurut Ketua Publisiti PKR Negeri See Chee How, tindakan DBKU tersebut dianggap tidak adil dan berpihak kepada BN apatah lagi aduan telah dilakukan oleh ADUN Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali secara terbuka menerusi laman sosial.

Chee How dan rakan-rakan parti beranggapan bahawa BN sebenarnya risau dengan pendekatan berani PKR mengadakan ceramah secara terbuka yang akan menjejaskan sokongan pengundi di kawasan milik PBB iaitu Petra Jaya.

Dalam pada itu Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai ketika dihubungi semalam enggan mengulas mengenai perkara ini.

Sumber : theborneopost.com