MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
Miri

Bantu ibu tunggal sekolahkan anak

MIRI: Masyarakat diseru terus membantu golongan ibu tunggal khasnya dari­pada aspek pembiayaan persekolahan anak-anak mereka.Menteri Muda Perhubun­gan Datuk Lee Kim Shin amat berterima kasih dengan sokongan penduduk terhadap ibu tunggal di sini yang sedikit sebanyak membantu mer­ingankan beban kehidupan mereka.

“Daripada dana-dana yang diterima mereka, anak-anak mereka mampu dihantar ke sekolah menggunakan bas sekolah dan mengikuti kelas tuisyen yang ditawarkan,” jelas Lee.

Beliau berkata demikian ke­tika menghadiri Parti Krismas anjuran Kumpulan Bantuan Ibu Tunggal Miri di Kelab Rekreasi Petroliam (KRP) Lutong semalam.

Menurut Lee, antara per­masalahan yang dihadapi oleh ahli-ahli kumpulan berkenaan sebelum ini ialah sebahagian besar daripada mereka ber­pendapatan rendah sehingga tidak mampu untuk mem­bayar bayaran pengangkutan anak mereka ke sekolah.

Selain itu, pendapatan bu­lanan yang kecil juga tidak membenarkan anak-anak mereka untuk mengikuti kelas tuisyen.

“Ada anak-anak yang men­gadu tidak dapat ke sekolah kerana ibu mereka tidak da­pat lagi menjelaskan bayaran tambang bas sekolah mereka. Ini begitu menyedihkan bila kita dengar,” jelas Lee yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin.

Lee berbangga dengan usaha gigih ahli-ahli Kumpu­lan Bantuan Ibu Tunggal Miri yang berjaya mengumpul dana dan mendapat sokongan ramai pihak untuk mengatasi masalah mereka itu.

Antara usaha lain mereka ialah dengan membuka pusat jagaan harian di Permyjaya yang dijadikan tempat jagaan anak-anak kecil ibu-ibu tung­gal yang bekerja.

Lee berharap dengan sokongan berterusan dari­pada masyarakat akan men­ingkatkan semangat ibu-ibu tunggal khasnya anak-anak mereka untuk cemerlang dalam pelajaran sekali gus membantu memperbaiki kehidupan keluarga mereka bila telah dewasa kelak.

Dalam pada itu, parti Kris­mas semalam dimeriahkan lagi dengan pelbagai jenis hiburan dan permainan meli­batkan ahli dan anak-anak mereka.

Sumber:BorneoPost