MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
Miri

Jawatankuasa RC, KRT2 dan Jiran Wanita Senadin terima sijil pelantikan

MIRI: Seramai 25 orang ahli jawatankuasa daripada Kawasan Rukun Tetangga Desa Senadin Fasa 2 (KRT2), Jiran Wanita KRT2 an Jawatankuasa Penduduk (RC) di kawasan Zon 4 Senadin, telah menerima sijil pelantikan mereka.

Sijil berkenaan yang diiktiraf dan dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM) untuk kumpulan jawatankuasa di zon terbabit telah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau.

Majlis penyerahan sijil itu yang diadakan secara kecil namun meriah, telah dilaksanakan di kediaman pengerusi Jiran Wanita KRT2, Jeleni Kebeng.

Sementara itu, Dennis dalam ucapan ringkas beliau di majlis tersebut berharap ahli-ahli jawatankuasa yang dilantik akan memainkan peranan mereka sebaik mungkin dalam usaha menyatupadukan penduduk di kawasan tersebut, di samping mengekalkan keharmonian pelbagai kaum yang ada.

Beliau menggesa agar ahli jawatankuasa menganjurkan pelbagai aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan baik dan sosial di antara jiran tetangga dengan melibatkan penyertaan pelbagai suku kaum dan setiap peringkat umur.

Dennis turut mengingatkan mereka mengenai peranan mereka sebagai ahli jawatankuasa yang turut bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan.

Walaupun kecil-kecilan namun majlis tersebut disambut begitu meriah sekali kerana semua yang datang begitu memberi kerjasama.

Sumber : theborneopost.com