MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Sarawak

Ayu Izzati dinobat Puteri Kebaya Regata Sarawak 2012

KUCHING: Ayu Izzati Kasputeri Abdul Nasser, berusia 21 tahun dari Mukah dinobatkan sebagai Puteri Kebaya Regata Sarawak 2012 pada pertandingan akhir di sini malam kelmarin.

Ayu yang kini sedang menjalani kursus juruterbang membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000, selempang dan tiara.

Manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh Sylvia Punai Philip Ajai, 25, dari Kapit dan Noraini Sabu, 22, dari Kuching.

Kedua-dua mereka masing-masing membawa pulang wang tunai RM1,500, dan RM1,000 berserta selempang dan tiara.

Pertandingan akhir Puteri Kebaya Regata Sarawak 2012 dihadiri Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Wahap Abang Julai, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan Sarawak Datu Ik Pahon Joyik, Residen Kuching Abdul Rahman Sebli Senusi, Timbalan Residen Pembangunan Zamahari Saidi, Timbalan Residen Sosial Abang Othman Abang Fata, Pegawai Daerah Kuching Mahri Sarpawi dan tetamu kehormat lain.

Sementara itu, Miss Talented pula disandang oleh Nur Asma Abdul Taib, 19, dari Kuching dan Miss Photogenic pula diraih Connilia Tu, 22,  dari Mukah.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh isteri Datuk Bandar DBKU dan juri pertandingan dibarisi Dutta Paratama yang dilantik sebagai ketua juri dengan dibantu Caroline Sandra Giang dan Zainoren Jack.


Sumber:BorneoPost