MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Sarawak

Pendedahan tarian tradisional mampu semai semangat cintakan budaya

KUCHING: Pendedahan seni tari tradisional kepada murid- murid di bangku sekolah mampu menyemai semangat cintakan kebudayaan tempatan dan tanah air.

Bagaimanapun, seni tari kebudayaan di negeri ini harus diperhalusi dengan kajian tambahan yang lebih terperinci dan optimis.

Sehubungan Pembantu Pentadbiran Yayasan Kebudayaan Dayak Evelyn Marshall memohon agar ia dapat dijalankan secepat mungkin oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan untuk kanakkanak di sekolah rendah.

“Kanak-kanak ha rus dididik sejak bangku sekolah dengan tarian kebudayaan agar ia seiring dengan pembangunan moden.

“Ini kerana dengan seni tarian kebudayaan sebenarnya kita dapat menerapkan nilai- nilai kebudayaan kepada masyarakat,” katanya ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Malaysia PPKS/ICATS 2012 kelmarin.

Beliau menggesa golongan muda-mudi menanam rasa cintakan negara, bersemangat patriotik dan bertanggungjawab menjaga keamanan dan perpaduan negara agar sentiasa sejahtera.

Evelyn turut memuji ini- siatif sambutan Hari Malaysia yang diadakan oleh PPKS/ ICATS dan ia harus dicontohi oleh pelajar-pelajar di insitusi pengajian tinggi (IPT) yang lain.

Padamajlis itu pelbagai tarian kebudayaan suku kaum Sarawak dipersembahkan oleh para pelajar Unit Kebudayaan Srindang Seri Tari yang ditubuhkan tahun ini.

Pengerusi dan Pengurus Program PPKS/ICATS Serit Lakai berkata Unit Kebudayaan Srindang Seri Tari mahu menyemai semangat cintakan negara di kalangan pelajar di samping memartabatkan warisan kebudayaan tempatan yang terdiri daripada seni tarian, drama dan teater pelbagai kaum.

“Juga meningkatkan semangat patriotik di kalangan masyarakat agar mereka dapat menghayati perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu demi kemakmuran yang dikecapi hari ini.

Turut hadir Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) PPKS/ ICATS Khalid Latiwo yang mewakili Timbalan Pengarah Eksekutif PPKS Rambli Hasbi dan kakitangan Yayasan Kebudayaan Dayak Pearl Karung Hendry dan Arun Huvat.


Sumber:BorneoPost