MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Sarawak

Sarawak jadi lokasi filem Singapura

KUCHING 5 Mac - Negeri ini menjadi lokasi pilihan bagi penggiat industri hiburan dan pengarah Singapura untuk membuat penggambaran filem serta iklan komersial.

Menteri Pelancongan negeri, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata, kedudukannya yang berdekatan dengan Laut China Selatan dan tarikan alam semula jadi menarik ramai penerbit serta pembikin filem dari Kota Singa itu ke negeri ini.

Selain itu katanya, kos pengeluaran yang murah dan suasana yang selamat antara sebab ia menjadi pilihan kerana memudahkan mereka melakukan kerja-kerja penerbitan.

"Bermula April ini, empat buah filem dijangka mengadakan sesi penggambaran di beberapa lokasi menarik di negeri ini.

- utusan