MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Sarawak

Wajib kuasai semua genre lagu

KUCHING - Peserta Soulstar 2012 perlu menguasai semua genre lagu sebelum boleh diiktiraf sebagai bintang dalam industri hiburan tanah air.

Pengetua Soulstar 2012, Iwan Dasri (gambar kecil) berkata, program realiti nombor satu Sarawak itu mengutamakan bakat dan kualiti nyanyian.

Disebabkan itu, katanya pihak produksi memperkenalkan tema lagu yang berbeza pada setiap minggu bagi menyerlahkan bakat setiap peserta.

"Kita sentiasa memastikan setiap persembahan peserta adalah yang terbaik, lain daripada yang lain.

"Soulstar tidak boleh jadi seperti program realiti lain kerana tumpuan kami daripada dahulu sehingga kini lebih kepada kualiti untuk menguasai semua genre lagu," katanya di sini semalam.

Iwan menambah, pihak produksi mempunyai hak untuk menentukan genre serta lagu yang bagus kepada peserta sesuai dengan vokal mereka.

Katanya, kebanyakan peserta yang gagal sebelum ini kerana mereka tidak menguasai sepenuhnya genre lagu-lagu tertentu.

"Apa yang paling mustahak, para peserta harus menyanyi dari jiwa mereka dan menampilkan kualiti suara berbanding rupa dan fizikal untuk terus kekal dalam industri," katanya lagi.

Konsert mingguan keempat Soulstar 2012 akan berlangsung di Kampung Budaya Sarawak esok manakala konsert kemuncak pada 26 Januari 2013.

Juara Soulstar 2012 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta hadiah-hadiah lain. Pemenang tempat kedua dan ketiga akan menerima hadiah wang tunai masing-masing sebanyak RM3,000 dan RM2,000.

Program Soulstar 2012 adalah anjuran Kampung Budaya Sarawak dan E-One Dasri Talent Management manakala akhbar Kosmo! menjadi rakan media.

Untuk urusan pembelian tiket, sila hubungi talian 082-846 108.

Sumber:Kosmo

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2DfcEC2l9
Hakcipta terpelihara