MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Sarawak

Zee Avi kagum bakat peserta Soulstar 2012

KUCHING - Penyanyi bertaraf antarabangsa, Zee Avi memuji bakat yang ada pada pelajar Soulstar 2012 selepas dia berpeluang menjadi juri jemputan pada minggu kelima konsert program tersebut kelmarin.

Penyanyi yang nama sebenarnya Izyan Alirahman, 27, memberitahu, dia berasa kagum dengan persembahan oleh 20 pelajar pada konsert yang menampilkan tema Malindo itu.

"Teruja dan kagum melihat mereka ini pada usia yang masih muda tetapi menampilkan persembahan yang mantap, lebih-lebih lagi ini merupakan kali pertama saya melihat mereka secara langsung.

"Perlu diingat juga ada antara mereka tiada pengalaman menyanyi langsung tetapi mempunyai kualiti suara yang lebih baik daripada penyanyi sedia ada," katanya ketika ditemui selepas konsert itu.

"Tugas utama mereka kini ialah mencari kekuatan yang terdapat pada diri masing-masing," ujar gadis manis kelahiran Miri yang menjadi duta perlancongan negeri Sarawak itu.


Sumber:Utusan Malaysia