MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Sarawak

Latest News for State Sarawak in "General"

183 sekolah di Sarawak dikategori daif

Sebanyak 183 sekolah di Sarawak dikategorikan sebagai daif dan perlu diberi keutamaan sama ada dibaiki atau dibuat baru, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

 

Pembangkang bakal hilang deposit kerana saingan berat sebelah - penganalisis

Persaingan berat sebelah yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) mendominasi kempen pilihan raya kecil (PRK) DUN Tanjong Datu setakat ini memberi petanda awal dua calon parti pembangkang bakal hilang wang deposit masing-masing, menurut penganalisis politik.

 

3 rentung rumah dibakar

Kuching: “Ketika menonton televisyen, saya terkejut seorang lelaki memegang sebilah parang panjang dan menghayunkan senjata itu ke arah kami.

“Lelaki itu hanya diam namun tangannya menghayunkan parang menetak abang ipar, datuk dan nenek saya sebelum membakar rumah,” kata Abdul Rahman Abdullah, 16, seorang daripada keluarga mangsa yang diserang seorang lelaki dipercayai kurang siuman berusia 50-an, semalam.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, tiga sekeluarga rentung dalam kebakaran di rumah mereka di Kampung Tumu, Matang, di sini, kerana tidak sempat menyelamatkan diri dipercayai parah selepas ditetak manakala seorang lagi parah ditetak suspek.

Mangsa maut dikenali sebagai Mohd Joe Abdullah, 36, dan pasangan suami isteri warga emas, Daud Abdullah, 64, dan Noraini Abdullah, 62.

Laporan Audit : Kolej komuniti bayar lebih 900% untuk beli peralatan

Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2 mendedahkan perbezaan harga yang ketara untuk jenis dan spesifikasi sama peralatan pengajaran dan pembelajaran.

 

Kumpulan kedua ke Tanah Suci

Kuching: Kumpulan kedua bakal jemaah haji dari Sarawak berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Penerbangan KT25Q membawa 150 jemaah haji akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) ke KLIA pada 11.45 malam.

Bakal jemaah haji dari Sarawak ini akan digabungkan dengan kumpulan jemaah dari Sabah dan Kelantan masing-masing 150 jemaah serta 39 orang dari Kelana Jaya.

Kilang kitar semula dijilat api

Kuching: Sebuah kilang mengitar semula minyak di Jalan Demak Indah, di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam dan bomba mengambil masa kira-kira sembilan jam untuk memadamkan kebakaran.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii berkata, seramai 33 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya, Petra Jaya dan Kuching terbabit dalam operasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 8.15 malam.

15 bookie dicekup

Kuching: Polis Sarawak menjalankan 12 serbuan terhadap kegiatan pertaruhan kejohanan Euro 2016 membabitkan rampasan wang tunai RM4,365 sejak 13 Jun hingga semalam.

Ahli Geng Kampung Tabuan tumpas

Kuching: Lima lelaki anggota Geng Kampung Tabuan yang aktif jenayah samun dan curi kenderaan ditumpaskan polis Selasa lalu.

Rampas syabu RM335,964

Kuching: Polis Sarawak merampas 1,271 gram(g) syabu bernilai RM355,964 dalam dua serbuan di Kuching, pagi semalam dan tengah malam tadi.

Petronas sumbang RM10j bantu NGO di Sarawak

Petroliam Nasional Berhad (Petronas) meluluskan sumbangan berjumlah RM10 juta kepada kerajaan Sarawak untuk diagihkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memerlukan bantuan dalam melaksanakan program kebajikan bagi tempoh lima tahun.