MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Sarawak

15 bookie dicekup

.

Kuching: Polis Sarawak menjalankan 12 serbuan terhadap kegiatan pertaruhan kejohanan Euro 2016 membabitkan rampasan wang tunai RM4,365 sejak 13 Jun hingga semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Senior Asisten Komisioner Dev Kumar berkata, serbuan dijalankan di beberapa daerah antaranya Kuching, Sibu, Miri, Sarikei, Betong dan Kapit.

Katanya, 15 individu berusia 17 hingga 68 tahun ditahan kerana bertindak sebagai bookie.

"Selain wang tunai, polis turut merampas pelbagai peralatan dan dokumen yang digunakan dalam pertaruhan itu.

"Polis akan terus menjalankan operasi bagi mengekang aktiviti pertaruhan ini dari terus berleluasa," katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro