MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Sarawak

Ahli Geng Kampung Tabuan tumpas

FOTO Ekhwan Haque

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kuching: Lima lelaki anggota Geng Kampung Tabuan yang aktif jenayah samun dan curi kenderaan ditumpaskan polis Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Senior Asisten Komisioner Dev Kumar berkata, semua suspek berusia 22 hingga 37 tahun ditahan sekitar Kampung Tabuan, di sini dalam satu operasi khas.

Beliau berkata, dengan tertumpasnya geng berkenaan, polis berjaya selesaikan 12 kes membabitkan samun, curi kenderaan dan pecah rumah.

"Polis merampas pelbagai kenderaan dan barangan yang dianggarkan bernilai RM200,000 dari geng berkenaan.

"Semua suspek kini direman selama lima hari bermula semalam bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan," katanya dalam sidang media di IPK Sarawak, hari ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro