MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Sarawak

Kilang kitar semula dijilat api

Kuching: Sebuah kilang mengitar semula minyak di Jalan Demak Indah, di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam dan bomba mengambil masa kira-kira sembilan jam untuk memadamkan kebakaran.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii berkata, seramai 33 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya, Petra Jaya dan Kuching terbabit dalam operasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 8.15 malam.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati sebuah kilang mengitar semula minyak berstruktur kekal dan sebuah stor terbakar.

"Api berjaya dikawal pada jam 11.45 malam dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.35 pagi tadi," katanya.

Katanya, punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro