MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Sarawak

Kumpulan kedua ke Tanah Suci

Kuching: Kumpulan kedua bakal jemaah haji dari Sarawak berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Penerbangan KT25Q membawa 150 jemaah haji akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) ke KLIA pada 11.45 malam.

Bakal jemaah haji dari Sarawak ini akan digabungkan dengan kumpulan jemaah dari Sabah dan Kelantan masing-masing 150 jemaah serta 39 orang dari Kelana Jaya.

Kumpulan jemaah KT25 seramai 489 orang ini seterusnya akan berlepas ke Madinah dengan penerbanganMH8022 pada 4.40 pagi Rabu dan dijangka tiba di Madinah pada 8.50 pagi (waktu Saudi).

 

Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud turut hadir ke LTAK untuk mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji Sarawak.

Hadir sama, Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Komunikasi) negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Badlisyah Abdul Ghani.

Tiga penerbangan disediakan untuk bakal jemaah haji Sarawak masing-masing membawa 150 jemaah bermula semalam menggunakan penerbangan MH8111, pada 11.45 malam hari ini dan pada 31 Ogos 12.05 tengah malam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro