MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Sarawak

Rampas syabu RM335,964

Lukas (tengah) menunjukkan syabu yang dirampas. FOTO Ekhwan Haque Fazlul Haque

 

 

 

Kuching: Polis Sarawak merampas 1,271 gram(g) syabu bernilai RM355,964 dalam dua serbuan di Kuching, pagi semalam dan tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak Superintendan Lukas Aket berkata, dalam serbuan pertama, polis menahan lelaki berusia 46 tahun di Jalan Song, di sini, pada 9 pagi.

Katanya, pemeriksaan lanjut menemui syabu seberat 1,020g di dalam kotak yang dipegang suspek.

Menurutnya, dalam serbuan kedua, polis menahan dua lelaki warga Afrika di Jalan Canna, di sini, dan merampas 251g dadah sama di dalam kereta suspek.

"Kedua-dua suspek berusia 28 dan 29 tahun itu ditahan pada 12.05 tengah malam dan merampas dua kenderaan daripada mereka," katanya pada sidang media di IPK Sarawak, hari ini.

Mereka kini ditahan reman selama tujuh hari dari tarikh ditangkap dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro