MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Sarawak

Bakar kain rentang cubaan sabotaj Pas

Kain rentang Markas Operasi Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir dibakar dan dipercayai perbuatan sabotaj.

Menurut sumber, selain itu bendera Pas di Unit Pusat Undi Satap itu juga dipercayai dibakar oleh pihak tertentu kelmarin.
 
Kebakaran itu dipercayai dilakukan sebagai sabotaj dan khianat daripada pihak lawan yang didakwanya bimbang dengan gelombang penerimaan masyarakat Lambir terhadap Pas.
 
Menurutnya, para petugas Pas kesal dan sangat kecewa dengan tindakan mereka yang biadap dan tidak bermaruah itu.
 
Markas itu menjadi kawasan penempatan Pas Kedah sempena kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak tidak lama lagi.
 
Pas mempertaruhkan calonnya, Ketua Dewan Pemuda Pas Sarawak, Arifiriazul Paijo manakala calon BN ialah penyandang wakil rakyat di kawasan yang sama, Ripin Lamat.
 
Dijangka PKR mewakili Pakatan Harapan juga akan meletakkan calonnya di DUN Lambir namun ia belum ditentukan.
 
- Malaysiagazette