MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Sarawak

Raja Sungai Tellian

BISTERINO dan Kenil mempamerkan trofi Raja Sungai Tellian 2015.


 

Mukah: Perahu ‘Bakoung’ Bullet Of River milik Ahi Elli yang dikayuh oleh Zamri Kenil Tegalong dan Besterino Sil Mansor muncul Raja Sungai Tellian setelah memenangi acara Juara Antara Juara lumba perahu ‘Besaug’ dalam saingan akhir sempena Pesta Lumba Besaug Sungai Tellian 2015 yang berlangsung di muara Sungai Nasah hingga Tebingan Chapel St. Anthony Kampung Tellian semalam.

Mereka menewaskan perahu Seri Mas Puha yang dikayuh Syafiq Lidi Abdullah dan Jonerly Rutan.

Bagi kategori akhir wanita, juara milik Suka-Suka Un dikendalikan Winnie Wena dan Juliana Plin ), kedua MS UD 2 (Anita Butong/Caroline Moung ) dan ketiga perahu Bullet Of River (Semi Eli / Burel Tegalong).

Manakala dalam acara akhir pengayuh campuran, juara dimenangi perahu Sungai Melai (Winnie Wena/ Gregory Boniface ), kedua Malaikat Merah (Glory Butong / Lina ) dan ketiga perahu MS UD (Anita Butong / Soon Yut).

Bagi kategori lumba kesian kategori lelaki dimenangi perahu Green 1, kedua Kelab Rekreasi Tellian DagenDaya (TUJUNOKALA) dan ketiga Lestari MM44, manakala wanita pula diungguli perahu Bunga Bayau, kedua Puteri Sungai Papa dan Lestari MM44 ketiga.

Manakala bagi katagori campuran juara dimenangi Mango Puteri Sungai Papa, kedua Mun Rasa dan ketiga perahu Seri Mas Puha.

Acara lumba perahu jemputan pula dijuarai Perahu TUJUNOKALA yang mewakili Kelab Tellian DagenDaya, kedua Kampung Teh dan Bullet Of River mewakili Raja Sungai Tellian ketiga.

Perlumbaan dihadiri ADUN Balingian Yussibnosh Balo.

Pada hari terakhir perlumbaan yang julung kalinya dianjurkan (TUJUNOKALA) bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan, turut diadakan program gotong-royong dan sukaneka bermatlamatkan memperkenalkan sukan air sebagai acara yang semakin diminati di Bahagian Mukah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro