MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Sarawak

Tempelak jadual Liga Super

Kuching: Ketua jurulatih Sarawak Robert Alberts (gambar) melahirkan rasa tidak puas hati kerana terpaksa bermain tiga perlawanan berturut-turut di gelanggang lawan.

Minggu lalu, mereka menentang Johor Darul Ta’zim (Johor DT), diikuti bertemu Selangor, Sabtu ini, PDRM (3 April) dan Sime Darby (11 April).

“Jadual perlawanan ini sukar buat Sarawak. Tiada liga di dunia sebuah pasukan perlu bermain empat perlawanan berturut-turut di tempat lawan,” katanya.

Beliau turut tidak gembira dengan keputusan pengadil perlawanan ketika menentang Johor DT yang menyaksikan mereka tewas 1-2.

Pada perlawanan itu, pemain import Ivan Fatic terpaksa meninggalkan padang selepas menerima dua kad kuning.

Alberts berkata, beliau tidak setuju dengan layangan kad kuning itu yang turut menyaksikan pemain Sarawak membantah keputusan berkenaan.

Beliau juga mendakwa pengadil turut tidak memberikan Sarawak sepakan penalti yang memang jelas berlakunya kekasaran ke atas pemain Bujang Senang.

Mengenai pertemuan menentang Selangor nanti, katanya skuad Gergasi Merah memang sukar digugat, namun beliau optimis pemainnya mampu mengalahkan atau sekurang-kurangnya seri dengan pasukan itu.

Sarawak akan bermain tanpa kelibat Ivan, Joseph Kalang Tie dan penjaga gol utama Mohd Iqbal Suhaimi akibat kecederaan. - BERNAMA

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro